Kenapa kita melukis dan disuruh lukis? Ada yang kata, ahh tak payah lukis, aku ni dilahirkan dgn otak sebijak Einstain, boleh je hafal apa yg aku belajar. Menulis, mencipta imej adalah merupakan lukisan. Kenapa kita tulis dan buat nota kecil di atas kertas semasa bersekolah dahulu sedangkan dlm buku teks dah ada apa yg kita belajar tu? Kerana dengan menulis nota, lukis diagram dan sebagainya di atas kertas tersebut, membuatkan kita akan mengingatinya dan imej secara automatik terakam di dalam minda kita. Dan apabila kita melakukannya berulangkali ia secara automatik akan tergambar di depan mata kita melalui minda separa sedar.
Anda kena ingat, IMEJ merupakan satu bentuk gambaran yg segera dirakam oleh otak kita. Sebab itu orang putih kata Pictures Speak a Thousand Words. Wak sendiri masa duduk di sekolah berasrama penuh dulu, diajar cara untuk menggunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan nota yg baik dan mudah diingati. Latih tubi berulangkali sehinggalah sampai musim peperiksaan. Mcm zaman skg dipanggil MIND MAP. Bila periksa je, ohhh aku pernah nampak soalan ni. aku pernah nampak diagram ini. aku pernah nampak kaedah ini.
Sebagai Contoh: Potret Monalisa yg wak letak ni. Dah beratus tahun kewujudannya, sebut je nama Monalisa terus tergambar dalam fikiran kita, ohh mcm ni rupanya monalisa, rambutnya, bentuk muka, gaya dia, usia dia dan siapa pelukisnya. Automatik kita tahu yg Leonardo Da Vinci adalah pelukisnya. Bila kita kaitkan potret dan si pelukisnya ia terus berkaitan satu sama lain. Sebut Leonardo Da Vinci kita akan tergambar Monalisa. Sebut Monalisa terus tergambar Leonardo Da Vinci.
Begitulah juga dengan market forex ni. Lukis market EU, kat situ letak kefahaman kita, dengan nota dan pelbagai. Sejarah EU, bentuk market dia, masa, volume. Semua kita dah buat. Latih tubi berulangkali. Akhirnya terakam semua dalam minda kita. Bila live market datang, automatik kita dah nampak. Ehh, ini mcm market sekian haribulan, sekian bulan, sekian hari. Pandang je bentuk market dah tahu. Pandang je EU dah boleh agak apa sifat dia. Samalah mcm analogi Potret Monalisa tadi. Pandang je bentuk market cth: laut tenang dah berbelas jam, candle kecil-kecil aja ada buy sell bersilih ganti, di situ aja kita dah tau apa yg bakal berlaku. Kerana kita dah simpan dlm memori kita. Memory yg menerjah market. Bukan market menerjah kita.
JANGAN PANDANG RENDAH PADA LUKISAN DAN MELUKIS. JIKALAU ANDA MALAS, SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MERUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU MELAINKAN KAUM ITU YG MERUBAHNYA SENDIRI.
SELAMAT BERAMAL.