Petikan dari laman seorang yang berpengalaman dalam dunia FOREX
Ramai diantara rakan trader kita hari ini memandang forex sebagai lubuk duit dan bagaikan satu langkah mudah untuk menjadi kaya raya. Tetapi hakikatnya fakta ini tidak betul dan ianya seumpama berdagang nasib yang akhirnya menerima lbh byk kegagalan dari kejayaan. Melihat kepada aspek pemikiran diatas, ianya adalah pemikirian org amerika pada 10 tahun dahulu dimana lbh specific adalah kepada pemikiran yahudi dahulu. FOREX....ianya sepatutnya seumpama anda simpan wang dalam ASB. Iaitu anda menghasilkan atau menambahkannya sedikit demi sedikit secara konsisten. Ia sepatutnya dipandang sebagai suatu perniagaan pelaburan. Bukannya judi pelaburan. Berbeza dengan ASB atau mana2 skim, forex anda menguruskan nya sendiri. Bagaimana anda mengurus atau mencorakkan nya adalah bergantung kepada anda. So keuntungan dan kerugian anda tanggung sendiri. Siapa yang berani menyatakan dengan 100% bahawa price akan naik ataupun turun. Hakikat yang sebenarnya tiada siapa yang betul2 jelas dan tahu. Semua orang melakukan analisis samada dari segi teknikal atau pon fundamental. Dan hasil daripada analisis tersebutlah mereka mentafsir sesuatu price currency akan naik ataupun turun. Spt yang dijelaskan diatas, FOREX adalah perniagaan pelaburan. Hampir2 sama dengan pasaran saham. Bezanya FOREX lebih tinggi kecairan dan anda boleh menentukan arah pelaburan anda. So, selagi anda tidak mampu mengubah diri anda untuk memahami dan meyakini forex itu suatu perniagaan pelaburan, maka selama itu lah anda sedang bermain dengan risiko. Jelas sekali , sekiranya anda memahami forex itu sebagai perniagaan pelaburan anda, maka anda lebih sayang apa jua jumlah wang yang pernah anda laburkan. Tentu sekali anda faham, sesuatu perniagaan itu harusla untungnya sederhana sahaja. mana mungkin anda mampu menghasilkan 100% setiap hari. Sekiranya terjadi sebegitu, tentu sekali hancur dunia forex dan semua org mampu menjadi jutawan pantas. Ia benar......., saya pernah melihat rakan saya (Trader A) yang bermula dengan USD100 mampu menjadikannya USD1000 dalam masa sehari. Dalam ketamakan untuk meneruskan untuk jadi USD10,000 pada hari berikutnya....akhirnya tersungkur di tengah jalan sehingga licin. Berbeza dengan trader seorang lagi (Trader yang menghasilkan hanya sedikit setiap hari. dengan hanya bermodalkan usd100 juga mampu menjadikan usd1000 dalam masa sebulan dan sehingga kini sudah pon mencecah 5-6K USD hanya dalam masa 6 bulan. So jika ditanya yang mana lbh baik, tentu sekali saya akan nyatakan bahawa Trader B lbh baik kerana...die menghasilkan untung setiap hari sedikit demi sedikit....dan inilah yang dinamakan perniagaan pelaburan. Saya boleh katakan Trader A hanya bernasib baik mampu menghasilkan USD1000 dalam sehari....Jika saya tanya anda....adakah forex ini kita sering bernasib baik?.....adakah setiap indicator yang kita gunakan mencapai 100% tepat?....jawapannya tidak pernah...ini bermakan anda perlu jaga margin anda...modal kecil gunalah lot kecl. kalau nak main kasar...pastikan modal juga kasar. saya sedar main kecil ni bosan...so pandai2 la. Kesimpulannya jika anda bermain dengan api yang membara (Lot gajah tapi modal halus) bermakna anda menghampiri kebakaran. Sebaliknya jika anda hanya bermain dengan lilin (Lot yang berpadanan lah dgn modal), anda masih mempunyai masa untuk memadamkan kebakaran. Kesimpulan cerita diatas dan sejarah2 trader....telah menghasilkan suatu data yang baik utk kita sebagai pedoman. Disini saya jelaskan satu persatu: Aku Trader yang berjaya: 1. Aku faham FOREX ini suatu perniagaan pelaburan 2. Aku faham peluang untuk aku untung mestilah seiring dengan risiko yang aku tanggung. So aku tidak harus tamak dan menjaga margin dengan sebaik mungkin. Maka lot yang aku perlu gunakan perlu lah sesuai dengan modal pelaburan aku 3. Aku fahami trading memerlukan masa. So aku perlukan kesabaran. Tidak semestinya setiap post aku perlu close dalam rugi atau semestinya close setiap hari. Mungkin ada hari2 aku perlu berada dalam floating. Yang penting aku telah pon bersedia kepada risiko tersebut Aku Trader Yang Gagal: 1. Aku tamak. aku nak cepat kaya. tak pernah fikir pasal margin 2. Aku selalu buat analisis (guna indikator) dan aku selalunya yakin penuh. So aku guna full margin 3. Aku selalu fikir, biarlah aku loss USD100...tapi kalau aku full margin dan jika aku betul, aku boleh untung sampai USD500 dan lbh2 lg. Hakikatnya....nasib tidak selalu menyebelahi kita.....berjaya sekali...gagal berkali-kali Fikir2 kan lah.....tanam dalam diri anda yang anda menyatakan forex ini adalah perniagaan pelaburan...perniagaan anda...insya allah anda telah berada dalam track yg betul Note: pernah tak anda temui trader yang hanya bermodalkan USD1000 mampu menjadikannya USD100,000 dalam 1 tahun ........jawapannya saya pernah, .......dan saya respect tentang kesabaran dan cara pelaburannya....inilah cth trader yang berdisiplin. Andai jika saya ditemukan dengan seorang trader yang spt cerita diats utk melabur. tentu sekali saya memilih trader B, kerana trader B lbh berdisiplin, bersedia tentang risiko dan faham benar tentang perniagaan pelaburan..... faham fahami la.......berubah utk kebaikan.... ---------------------------------------------------- Salam dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pelawat blog saya Disini saya ingin saya jelaskan pengalaman saya dan pengalaman rakan rakan yang lain sebab musabab mengapa kita sebagai trader sering loss. Sebenarnya Hal ini banyak kali diperbincangkan didalam forum dan dimana sahaja. Sebenarnya kegagalan itu kita sendiri yang mencipta dengan melanggar beberapa rules penting Kadang kadang ada diantara kita gagal dalam tempoh beberapa hari sahaja. Sedangkan orang lain boleh menjaga account mereka sehingga 1 tahun, 2 tahun dan lebih. Mengapa??? Sebenarnya faktor yang paling besar adalah money management dimana ramai diantara rakan trader kita gagal untuk disiplin kan diri mereka. Ramai dikalangan mereka yang tidak mengikut peraturan tersebut. Bila bercakap soal money management, trader yang baik selalunya bersedia terhadap risiko tersalah masuk post yang berlawanan dengan arah pergerakan semasa. Trader yang baik dari segi management selalunya bersedia untuk menggunakan volume/ lot trading yang sesuai dengan modal yang ada. Money management yang baik adalah trader yang boleh bersedia terhadap kesilapan masuk market sebanyak 5000 pip Contohnya jika anda modal USD5000.....USD5000/5000 pip = volume/ lot USD1.00 jika anda modal USD1000.....USD1000/5000 pip = volume/ lot USD0.20 Tapi ramai dikalangan trader kita hari ni melanggar rules ini terutama sekali trader2 kecil kerana ketamakan dalam diri. Kadang kadang dengan hanya bermodalkan USD100 pon mereka menggunakan volume USD1 sebagai permulaan post mereka. Ini bermakna mereka hanya boleh rolling 100 pip sahaja. Jika salah atau market berlawanan arah sejauh 100 pip maka akaun mereka akan hancur. Disebabkan itu lah ramai trader kita hari ni yang sering gagal adalah trader yang bermodalkan dengan wang yang kecil Namun begitu ada trader yang bermula dengan modal kecil mampun menghasilkan pulangan yang hebat dalam masa yang amat singkat. Tetapi berapa lamakah mereka mampu bertahan jika melanggar money management. Kebanyakan 99% dari mereka akhirnya tersungkur ditengah jalan juga. Jika anda rasakan diri anda tamak sekali pon dan merasakan untuk rolling 5000 pip terlalu besar. Maka seteruk teruk pon biarlah akaun anda mampu rolling 1000 pip. Bermakna Jika anda modal USD100.....USD100/1000 pip = volume/lot USD0.10 -------------------------------------------------------------------------------------- Jika Anda ingin berjaya, terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu Saya dahului pembelajaran kita ini dengan bismilahirahmanirahim.Saya minta laluan daripada otai2 forex utk saya kongsi ilmu yg saya ada yg boleh memberikan maanfaat kepada mereka yg berkecimpung dlm bidang ini. 1) Ingat!Urusniaga forex adalah satu bidang yang sangat berisiko tinggi. Ianya menjadi risiko yang besar jika anda tamak .Anda harus bersedia dengan kemungkinan tersalah arah. maka gunalah volume trade yang bersesuaian mengikut money management. Risiko anda adalah sama dengan konsep Win-Win Situation (50% utk profit dan 50% utk loss)...adil... 2) Keuntungan dan kerugian dlm urusniaga forex ini juga bukan hanya tertakluk kpd pengetahuan malah SIKAP pelabur dan trader juga memainkan peranan penting dlm menentukan jumlah keuntungan dan kerugian anda. Usah mengejar keuntungan yang berganda ganda dalam masa yg singkat. sebaliknya lakukan sedikit demi sdikit. Janji profit setiap hari Forex memerlukan anda sentiasa berdisplin, berhati2, bersabar, mengawal diri, bertenang, dan tidak tertekan semasa menjalankan trading Trading dalam keadaan tertekan tidak akan membantu, malah boleh mengakibatkan anda melakukan kesilapan. 3) Dalam FOREX, anda tidak boleh main belasah dan hanya bergantung kepada nasib. Anda kena pastikan arah mana yang sebenar harus anda pilih. pemilihan itu mungkin dari segi teknikal analisis mahupun fundamental yang anda ikuti perkembangan semasa ekonomi menerusi news. yang saya maksudkan teknikal adalah dr pengkajian dan pemerhatian mata anda sendiri terhadap perubahan atau gerakan candle stick. Ada sesetngah org menggunakan indicator utk itu. Fundamental pula adalah refer kepada laporan news yang boleh diperolehi dari laman web www.forexfactory.com 4. jangan sayang CUT LOSS. Kalau dah diyakini anda salah arah, bersedialah untuk cut loss tersebut. Biarlah rugi sebanyak mana yang dah rugi...asalkan anda tidak berterusan rugi. Sebaliknya jika anda yakini dalam masa terdekat dier akan reverse semula keaarah trade anda, maka tidak perlu lah nak cut atau close trade tersebut, tunggu ajerlah...kalau asyik CUT LOSS pon jahanam juga acc tu...yg penting money management, sejauh mana anda boleh bertahan...seberapa byk anda boleh rolling lagi utk pastikan anda dalam keadaan selamat ---------------------------------------------------------------------- MM-Money management adalah yang paling penting. Ianya adalah persediaan kepada anda sekiranya anda melakukan kesilapan memilih arah trade. Sebaik-baiknya biarlah modal anda boleh rolling 1000 pip keatas. kalau 5000 pip lg baik atau lebih lagi, lagi lah baik dan selamat...kalau dah terror tu boleh la nak trade guna 500 pip rolling. Apa yang saya maksudkan rolling kat atas adalah, sebagai contoh jika anda hanya bermodalkan usd1000, bermakna untuk rolling 1000 pip, max volume yang anda harus anda guna adalah usd1.00 (usd1000/1000 pip rolling = usd1.00), kalau nak rolling 2000 pip, (usd1000/ 2000 pip = USD0.50) -------------------AL KISAH------------------------ Kenapa Terus Menerus LOSS ??? trading style tidak akan dibincang kat sini. sebab trading style tak salah. sebab dan akibat. kata la korang masuk pos 10sen dgn modal 100 dolar. atau 20sen dgn modal 200 dolar(nisbah mm 1:100). kebanyakan kesalahan adalah kerana sayang pada pos yg sedang rugi walaupun dah nyata sistem korang dah tunjuk pos tu salah. ini adalah kesalahan yg lumrah. semua trader lama memang tau ni dan selalu berpesan supaya tidak sayang pada pos. _____________________________________________ Banyak trader yang aku jumpa adalah trader yang tamak dan lansung tk ikut money management. Loss dan depo lagi...lansung tak sayang duit...kebanyakan trader yang aku jumpa bermodalkan hanya usd100 dan layan vol/size trade sehingga usd1-2 per trade. pastu loss dan depo lagi....kalau nak untung besar nak masuk trade dengan usd1, gunakan lah modal usd1000. baru lah padan....aku sedih lah kalau korang loss. bayangkan kalau u guna usd1000 dan trade dengan vol usd1, u ada 1000 pip utk rolling dan u tenang utk buat keputusan utk clear floating.Macam aku, aku nak 5% jer sehari, bermodalkan usd1000, aku hanya perlu gunakan vol trade usd1 sahaja dan aku hanya perlukan 50 pip sahaja sehari utk dpt usd50. Namun ramai trader yang depo usd100, nak untung bepuluh puluh usd sehari. yer la, takkan nak guna vol/size trade usd0.1..kalau untung 50 pip pun baru dpt usd5...memang la skit...aku pun rasa skit...cam wat letih la plak trading. sebab tu aku cadang trader bermula dengan modal usd1000 supaya bleh buka trade dengan size/vol usd1.00 per trade.....pada satu2 masa cukup 1 trade. tak yah dok pening dengan banyak trade atau banyak pair. melainkan u bersedia utk cut loss atau clear floating dengan bg bom (open trade ke -2 dengan vol lbh besar) ______________________________________________ Kenapa kita melukis dan disuruh lukis? Ada yang kata, ahh tak payah lukis, aku ni dilahirkan dgn otak sebijak Einstain, boleh je hafal apa yg aku belajar. Menulis, mencipta imej adalah merupakan lukisan. Kenapa kita tulis dan buat nota kecil di atas kertas semasa bersekolah dahulu sedangkan dlm buku teks dah ada apa yg kita belajar tu? Kerana dengan menulis nota, lukis diagram dan sebagainya di atas kertas tersebut, membuatkan kita akan mengingatinya dan imej secara automatik terakam di dalam minda kita. Dan apabila kita melakukannya berulangkali ia secara automatik akan tergambar di depan mata kita melalui minda separa sedar. Anda kena ingat, IMEJ merupakan satu bentuk gambaran yg segera dirakam oleh otak kita. Sebab itu orang putih kata Pictures Speak a Thousand Words. Wak sendiri masa duduk di sekolah berasrama penuh dulu, diajar cara untuk menggunakan kreativiti sendiri untuk menghasilkan nota yg baik dan mudah diingati. Latih tubi berulangkali sehinggalah sampai musim peperiksaan. Mcm zaman skg dipanggil MIND MAP. Bila periksa je, ohhh aku pernah nampak soalan ni. aku pernah nampak diagram ini. aku pernah nampak kaedah ini. Sebagai Contoh: Potret Monalisa yg wak letak ni. Dah beratus tahun kewujudannya, sebut je nama Monalisa terus tergambar dalam fikiran kita, ohh mcm ni rupanya monalisa, rambutnya, bentuk muka, gaya dia, usia dia dan siapa pelukisnya. Automatik kita tahu yg Leonardo Da Vinci adalah pelukisnya. Bila kita kaitkan potret dan si pelukisnya ia terus berkaitan satu sama lain. Sebut Leonardo Da Vinci kita akan tergambar Monalisa. Sebut Monalisa terus tergambar Leonardo Da Vinci. Begitulah juga dengan market forex ni. Lukis market EU, kat situ letak kefahaman kita, dengan nota dan pelbagai. Sejarah EU, bentuk market dia, masa, volume. Semua kita dah buat. Latih tubi berulangkali. Akhirnya terakam semua dalam minda kita. Bila live market datang, automatik kita dah nampak. Ehh, ini mcm market sekian haribulan, sekian bulan, sekian hari. Pandang je bentuk market dah tahu. Pandang je EU dah boleh agak apa sifat dia. Samalah mcm analogi Potret Monalisa tadi. Pandang je bentuk market cth: laut tenang dah berbelas jam, candle kecil-kecil aja ada buy sell bersilih ganti, di situ aja kita dah tau apa yg bakal berlaku. Kerana kita dah simpan dlm memori kita. Memory yg menerjah market. Bukan market menerjah kita. JANGAN PANDANG RENDAH PADA LUKISAN DAN MELUKIS. JIKALAU ANDA MALAS, SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MERUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU MELAINKAN KAUM ITU YG MERUBAHNYA SENDIRI. SELAMAT BERAMAL. "It cannot be over-emphasised how important it is to be in control of our emotional responses and behavioural patterns when we are trading the live markets. Many aspiring traders are very soon ' filtered out of the game" not because their strategies are bad, or that they are not intelligent enough. It is really a matter of recognising. This is what ultimately will make you stand out as a successful trader"
"The truth of the matter is that no strategy can capture every move, and that no strategy can be 100% profitable!" "We must accept that losses are just part of the game! i would rather follow my rules and lose, than to break my rules and win! " "As a trader, very often you might find yourself exiting a trade at a loss, only to find that the trade would have been profitable if you had waited a little while more! Sometimes, after exiting a losing trade, you feel compelled to open another trade immediately in the opposite direction, almost driven by an urge to 'take revenge' on the market!. This behavioural pattern makes you a gambler, and you will very often find that you lose in the second trade too! " "Discipline is the key to trading success. It might sound like a cliche, but it is still the key to trading success that is very much overlooked by many highly intelligent traders who make use of good trading strategies but fail in trading. Discipline traders succeed and undisciplined traders fail. In a sense, it's really that easy! " |
AuthorIlmu sama dikaji sama dikongsi Archives
August 2014
Categories
All
|